MORATORIUM AKAN DIBINCANG DALAM MESYUARAT AKAN DATANG: MASIDI
- nabalunews
- Oct 25, 2020
- 1 min read
Updated: Oct 25, 2020

24 OKTOBER 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Pelanjutan tempoh moratorium untuk pinjaman perniagaan dan peribadi di Sabah akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Negeri akan datang.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, cadangan bantuan-bantuan lain juga akan dibincangkan oleh jemaah Kabinet dalam mesyuarat itu.
“Perkara berkaitan moratorium dan cadangan bantuan-bantuan lain akan dibincang dalam mesyuarat akan datang,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan negeri membincangkan perkara itu dalam mesyuarat kabinet negeri.
Sebelum ini pelbagai pihak termasuk Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (PEKADIN) meminta kerajaan menimbang agar moratorium yang berakhir pada September lepas dilanjutkan tiga bulan lagi sehingga Disember ini.
Naib Presidennya Simon Molubi berkata ini kerana ada anggota masyarakat termasuk di Sabah yang terkesan dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekali gus menghadapi kesukaran untuk kembali kepada kehidupan sebelum wabak Covid-19.
Ramai yang kehilangan pendapatan dan pekerjaan, pada masa yang sama mereka terpaksa melunaskan semua hutang sedia ada.















Comments