top of page

Motosikal bertembung bas, remaja lelaki warga Pakistan maut

  • nabalunews
  • Oct 14, 2024
  • 1 min read



14 Oktober 2024


TAWAU: Seorang remaja lelaki warga Pakistan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah bas sekolah dalam kejadian di Jalan Kampung Kalabakan, di sini petang tadi.


Mangsa Shah Bakht Amin, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.51 petang.


Katanya, sepasukan 10 pegawai dan

anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 86 kilometer dari balai.


“Kemalangan membabitkan sebuah bas sekolah bertembung dengan sebuah motosikal jenis Modenas. Penunggang motosikal didapati terperosok di bawah bas.


“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang terperosok di bawah bas berkenaan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


“Selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 4.50 petang,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page