MPN libatkan Pakatan Harapan bersidang kali pertama hari iniMPN libatkan Pakatan Harapan bersidang kali pertama hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

MPN libatkan Pakatan Harapan bersidang kali pertama hari ini


15 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerajaan secara rasmi mengundang empat wakil pembangkang dari Pakatan Harapan untuk terlibat dalam mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN), buat pertama kalinya, hari ini.


Empat wakil pembangkang itu ialah bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Bernard Dompok (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Ahli Parlimen Subang Wong Chen (Parti Keadilan Rakyat), Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen (DAP) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad (Parti Amanah).


Penglibatan wakil pembangkang dalam MPN bagi memenuhi salah satu perkara dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan dan gabungan pembangkang pada 13 September lalu.


Manakala wakil pihak kerajaan pula ialah Menteri Kewangan Datuk Tengku Zafrul, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.


Sementara itu, sektor awam dan swasta diwakili oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Tan Sri Azman Mokhtar, Tan Sri Tony Fernandes, Dato Dr Adeeba Kamarulzaman, Datuk Michael Kang, Datuk Dr Habibah Rahim dan Datuk Dr Hartini Zainudin.


Pakatan Harapan dalam kenyataan hari ini berkata, mereka akan terus menggunakan pendekatan bipartisan dan terlibat secara aktif dalam proses pemulihan negara.


Mesyuarat MPN yang berlangsung selama tiga jam dipengerusikan bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page