top of page

MPWS berbuka puasa bersama 50 anak yatim

  • Wartawan Nabalu News
  • Apr 1, 2023
  • 1 min read

1 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 50 anak yatim dari tiga institut di negeri ini telah mendapat sumbangan dan duit raya daripada Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dalam satu majlis berbuka puasa anjuran MPWS pada Khamis.


Pengerusi MPWS, Datuk Dr Tarsiah TZ Taman, berkata majlis tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti tahunan MPWS untuk meringankan beban dan menggembirakan anak-anak yatim terutamanya di bulan Ramadan.


Beliau berkata anak-anak yatim yang terlibat adalah dari Rumah Anak Yatim Amal Kasih Taman Kingfisher Likas, Maahad Tahfiz As Sohabah, Tuaran dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Kota Kinabalu.


"MPWS berbesar hati dapat berkongsi keceriaan bersama mereka dan berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim.


Beliau turut menyatakan bahawa MPWS juga telah melawat beberapa buah rumah anak yatim di kawasan Lok Kawi, Sembulan dan Tanjung Aru untuk menyampaikan bantuan kepada mereka sepanjang bulan Ramadan ini.


Majlis berbuka puasa itu turut diserikan dengan tazkirah ringkas bertajuk 'Fadilat Bersedekah' yang disampaikan oleh Pengerusi Maahad Tahfiz As Syafie Tuaran, Anuar Ali.


Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Induk MPWS, Prof. Madya Dr Imelda Albert Gisip, Dr Nirmal Kaur, Kapitan Eliza Goh serta kakitangan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.

Yorumlar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page