MUDA kesal UiTM tolak dialog bersama Syed Saddiq

30 Mac 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kesal dengan jawapan balas pihak Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam yang menolak permohonan mengadakan dialog "Intern Bukan Buruh Paksa" bersama Ahli Parlimen MUAR, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Setiausaha Agung MUDA, Amir Hadi berkata alasan ingin “mengekalkan keharmonian kampus” dan fokus program kerohanian di bulan Ramadan adalah tidak munasabah.
“la juga bertentangan dengan semangat kerajaan perpaduan yang ditunjangi kumpulan progresif yang telah sekian lama berbicara tentang isu kebebasan akademik.
“Tindakan UiTM menyekat program dialog sebegini, adalah sebab mengapa #JelajahMansuhAUKU telah digerakkan oleh kumpulan mahasiswa ini, dimana universiti yang sepatutnya menjadi pentas perbahasan, disekat menggunakan undang-undang yang sudah lapuk, selain isu-isu berbangkit mengenai mahasiswa yang lain,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Amir berkata, isu pelajar yang dilayan seperti buruh paksa tanpa sebarang bayaran untuk latihan industri bukan isu baru dan mesti diselesaikan segera. Sudah lah masalah tidak selesai, berbicara juga disekat.
Katanya lagi, dalam era baru ini, Universiti harus lebih terbuka, dan MUDA akan menyokong usaha mahasiswa menuntut autonomi dan kebebasan akademik, serta bersedia bersama memastikan undang-undang lapuk seperti Aka Universiti dan Kolej Universiti serta Aka 174 dimanshkan, dan digantikan dengan undang-undang yang tidak lagi menyekat mahasiswa.
“Memansuhkan AUKU adalah salah satu dari janji Pakatan Harapan dalam manifesto sebelum PRU-15, yang mesti dilaksanakan.
Beliau juga memuji Mahasiswa Demokratik Malaysia (MDM) yang berdiri teguh meneruskan acara walau disekat, dan menyatakan komitmen MUDA untuk hadir bersama pada 30 Mac ini.
Amir turut mengajak orang ramai untuk menyertai dialog tersebut yang dijadualkan pada Khamis, 30 Mac, jam 10 malam di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam.
Komentarze