top of page

Mufti, Timbalan Mufti Sabah nafi terlibat proses gali kubur Zara Qairina

  • nabalunews
  • 6 minutes ago
  • 1 min read

ree

1 September 2025


KOTA KINABALU: Pejabat Mufti Negeri Sabah menegaskan mufti dan timbalannya tidak terbabit dalam proses penggalian semula jenazah pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, seperti didakwa menerusi video yang tular di media sosial.


Penafian itu adalah susulan dakwaan tular dalam sebuah video berdurasi 46 saat bertajuk ‘Penggali Kubur’ yang mendakwa mufti dan timbalan mufti ‘terhidu haruman’ ketika proses penggalian semula jenazah adalah tidak benar, tidak berasas dan berunsur fitnah.


Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, dakwaan itu tidak benar, tidak berasas dan boleh mencemarkan nama baik institusi kemuftian negeri Sabah.


"Pejabat Mufti Negeri Sabah ingin menegaskan bahawa Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan Timbalan Mufti tidak terlibat semasa proses penggalian semula jenazah dilakukan seperti yang didakwa oleh akaun media sosial ‘penggali kubur’ tersebut.


"Kenyataan tersebut adalah fitnah yang boleh menjejaskan reputasi serta kepercayaan masyarakat terhadap Pejabat Mufti Negeri Sabah," katanya dalam kenyataan malam tadi.


Berikutan itu, beliau menggesa pihak terlibat menarik balik kenyataan berkenana serta memohon maaf secara lisan dan bertulis sebelum tindakan undang-undang dilaksanakan.


Dalam masa sama, Pejabat Mufti Negeri Sabah menasihatkan semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.


“Turut dijelaskan bahawa tindakan undang-undang juga boleh diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan kenyataan di dalam video tersebut.


“Pejabat Mufti Sabah juga berharap kenyataan ini dapat menjelaskan kedudukan sebenar dan menghentikan sebarang salah faham berkaitan isu berkenaan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page