top of page
nabalunews

Murid cemerlang SK Melangkap diraikan


14 September 2024


KOTA BELUD: Satu majlis penutupan Bulan Kebangsaan 2024 telah diadakan dengan penuh meriah di Dewan Terbuka Eko Pelancongan Ikan Jinak, Kampung Melangkap Tiong, baru-baru ini.


Majlis ini turut diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Melangkap yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum sepanjang tahun ini.


Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr. Jafran Kusin, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud.


Sambutan adalah amat memberangsangkan dengan jumlah kehadiran seramai 250 orang, termasuk ibu bapa yang datang untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka.


Antara tetamu kehormat yang turut hadir termasuklah Puan Guru Besar Hollen Sayaman, Anichlose Kesimin yang juga Pemaju Masyarakat UPPM N11 Kadamaian merangkap Yang Dipertua

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

SK Melangkap, serta barisan Penolong Kanan dan guru-guru sekolah tersebut.


Majlis ini bukan sahaja menandakan penutupan sambutan Bulan Kebangsaan tetapi juga menjadi platform untuk memberi motivasi kepada para murid agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kokurikulum.


Para hadirin disajikan dengan pelbagai persembahan menarik oleh murid-murid, menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.

टिप्पणियां


bottom of page