top of page

Murut Sook A juara pertandingan paluan gong sempena Kaamatan Daerah Sook

  • nabalunews
  • May 17
  • 1 min read


Kumpulan Murut Sook A yang muncul juara.
Kumpulan Murut Sook A yang muncul juara.

17 Mei 2025


SOOK: Kumpulan Murut Sook A yang mengumpul markah 89 peratus muncul sebagai juara pertandingan paluan gong sempena Pesta Kaamatan Daerah Sook yang berlangsung di padang pekan di sini, hari ini.


Naib juara disandang oleh kumpulan Murut Bookan Tulid yang berjaya mengutip markah 83 peratus.


Manakala tempat ketiga dan keempat jatuh kepada kumpulan Binuwou Laut dan Malima Dusun Liwan masing-masing mendapat markah 82 peratus dan 77.5 peratus.


Kumpulan Murut Bookan Tulid naib juara.
Kumpulan Murut Bookan Tulid naib juara.

Pegawai Daerah Sook Puan Caroline Benjamin Jiuangan yang merasmikan sukan rakyat Kaamatan Sook berkata, kumpulan yang menjuarai pertandingan itu dijangka akan mewakili Daerah Sook ke Kaamatan Peringkat Negeri di Hongkod Koisaan Penampang nanti.


Beliau berharap agar kumpulan yang menjadi juara akan latihan dan persiapan yang lebih mantap lagi untuk membawa saingan Daerah Sook ke peringkat negeri nanti.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page