Music Rights Sabah Berhad kini diiktiraf badan pelesenan kutipan royalti muzik Sabah Music Rights Sabah Berhad kini diiktiraf badan pelesenan kutipan royalti muzik Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Music Rights Sabah Berhad kini diiktiraf badan pelesenan kutipan royalti muzik Sabah


Alexander Nanta Linggi

17 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengiktiraf Music Rights Sabah Berhad (MRS) sebagai badan pelesenan untuk menjalankan aktiviti kutipan royalti artis dan pemuzik tempatan di negeri ini berkuatkuasa 7 Januari 2022.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, MRS akan menjalankan aktiviti kutipan royalti bagi pihak penyanyi; pemuzik dalam rakaman lagu; pembuat video muzik, dan syarikat rakaman tempatan yang melibatkan rakyat Sabah.


“Penubuhan MRS sebagai badan pelesenan antara lain akan memberi manfaat kepada ahli-ahlinya dalam menguruskan hak royalti serta menjaga kebajikan mereka dalam industri muzik.


“Antara ahli yang bernaung di bawah badan ini ialah pencipta lagu; penulis lirik; penyanyi; pemuzik dalam rakaman lagu; pembuat video muzik dan syarikat rakaman,” katanya.


Beliau berkata selepas ditemui wartawan pada Majlis Apresiasi Kepenggunaan di sini, semalam.


Pada majlis itu, Nanta turut menyampaikan sijil kepada pengerusi dan pengarah urusan MRS, Asmin Mudin.


Tambah beliau MRS merupakan badan pelesenan ketujuh yang diisytiharkan sebagai pengawal hak cipta di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan diberi kuasa untuk mengutip royalti muzik dan mengeluarkan lesen untuk menggunakan muzik kepada masyarakat umum, khususnya di Sabah.


Enam badan lain yang diiktiraf termasuk Music Authors’ Copyright Protection Berhad (MACP), Public Performance Berhad (PPM), Recording Performers Malaysia Berhad (RPM), MPLC Sdn Bhd, dan Music Right (Sarawak) Berhad, katanya.

bottom of page