top of page

Naiktaraf Taman Botani Tun Fuad Stephens Capai 95 Peratus – Phoong

  • nabalunews
  • Sep 23
  • 1 min read

ree

23 September 2025


KOTA KINABALU: Kerja-kerja menaiktaraf Taman Botani Tun Fuad Stephens Sabah kini telah mencapai tahap 95 peratus siap, kata Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe.


Phoong yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang berkata, hasil pemeriksaan beliau baru-baru ini mendapati sebahagian besar kawasan telah disiapkan termasuk Bamboo Garden dan Dataran Pintu Masuk.


“Bahagian yang masih belum siap kebanyakannya tidak berkaitan terus dengan taman itu sendiri, sebaliknya melibatkan pembinaan bangunan pentadbiran baharu dan kerja-kerja menurap tempat letak kereta di hadapan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.


Phoong berkata, beliau secara telus melaporkan segala isu serta kelemahan yang timbul, selain terus menyelaras, memantau dan menjadi pengantara dengan pihak bertanggungjawab.


Ia termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Landskap di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan, serta kontraktor.


Katanya, beliau menyedari projek itu mendapat perhatian luas masyarakat dan memberi jaminan akan terus memantau rapat sehingga ia siap sepenuhnya tanpa sebarang kelewatan.


“Bulan lalu, apabila melihat kemajuan kerja yang agak perlahan, saya sendiri ke Parlimen untuk menyuarakan perkara ini kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan. Sepanjang bulan ini, walaupun cuaca kurang baik kemajuan tetap ada walaupun perlahan,” ujarnya.


Phoong turut merakamkan penghargaan atas kesabaran masyarakat dan menegaskan komitmennya untuk memastikan taman itu siap dalam masa terdekat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page