Nama calon PH DUN Silam tarik diri kekal dalam kertas undi
- nabalunews
- 6d
- 1 min read

18 November 2025
KOTA KINABALU: Nama calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan akan kekal dalam kertas undi meskipun beliau telah mengumumkan untuk menarik diri dan tidak bertanding.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, SPR mengambil maklum tentang penarikan diri Abd Halim Sidek yang telah diisytiharkan sebagai salah seorang calon pada Hari Penamaan Calon, Sabtu lepas.
Bagaimanapun, katanya peraturan pilihan raya tidak membenarkan mana-mana calon menarik diri selepas waktu yang ditetapkan.
”Merujuk kepada Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan tiada seorang calon boleh menarik pencalonannya selepas pukul 10.00 pagi pada hari penamaan.
”Sehubungan itu, calon PH bagi bahagian Silam kekal di dalam kertas undi bahagian pilihan raya berkenaan,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Semalam, Abdul Halim mengumumkan bahawa beliau menarik diri sebagai calon PH di Silam selepas berbincang dengan pimpinan tertinggi parti, namun menegaskan keputusan itu dibuat atas pertimbangan peribadi dan tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.


















Comments