Nama wiski Timah kekal – Nanta Nama wiski Timah kekal – Nanta
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Nama wiski Timah kekal – Nanta


13 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kabinet kini telah bersetuju untuk membenarkan arak keluaran tempatan, Timah mengekalkan namanya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi.


Walau bagaimanapun, menurut laporan Sin Chew Daily, pengeluar arak tersebut perlu menyertakan label tambahan pada botol arak tersebut yang menjelaskan bahawa nama Timah itu merujuk kepada biji Timah.


Pada akhir bulan lalu, pengeluar arak tersebut Winepak Corporation akur dan mempertimbangkan untuk menukar gambar pada botol tersebut selepas dituduh menghina Islam.


Ujar Alexander, kata sepakat dicapai semasa mesyuarat antara kementerian dengan wakil Winepak serta pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).


“Demikian selepas perbincangan tersebut, Winepak telah memohon tempoh seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarahnya bagi menukar nama dan label botol arak tersebut,” tambahnya.


Beliau berkata Winepak telah bersetuju untuk mempertimbangkan perubahan itu berikutan perbincangan yang diadakan dengan kerajaan.


Mengulas lanjut, Nanta berkata mesyuarat itu diadakan memandangkan kerajaan telah mengambil maklum mengenai isu mengenai nama wiski itu yang menjadi topik hangat di media sosial sejak minuman itu dilancarkan pada awal Oktober.


Beliau juga menyatakan bahawa Kementeriannya melalui MyIPO akan menambah baik prosedur yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan agar isu serupa tidak berulang pada masa hadapan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page