Negara anggota OECD komited perkukuh kerjasama dengan Malaysia dalam keusahawanan, PKS
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Negara anggota OECD komited perkukuh kerjasama dengan Malaysia dalam keusahawanan, PKS



30 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PARIS: Malaysia dan tiga negara anggota Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) komited memperkukuhkan kerjasama dan hubungan dua hala dalam bidang keusahawanan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengadakan mesyuarat dua hala antara rakan sejawat daripada tiga negara anggota OECD iaitu New Zealand, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) semasa persidangan OECD dan Committee on SMEs and Entrepreneurship (CSMEE) pada Selesa lalu.


Ewon berkata, antara yang dibincangkan dalam mesyuarat bersama rakan sejawatan dari New Zealand ialah mengenai pembiayaan, pendigitalan berkaitan PKS, francais dan pembangunan koperasi.


“New Zealand bersetuju bekerjasama dengan Malaysia dalam beberapa perkara, antaranya perdagangan dan perusahaan industri halal, eksport perniagaan, padanan perniagaan melalui Platform Match-Me dan mengenal pasti perniagaan francais New Zealand yang berpotensi untuk dibawa ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan, media, hari ini.


Mengenai mesyuarat dua hala antara United Kingdom, Ewon berkata, Malaysia dan UK komited mengukuhkan hubungan dua hala dalam bidang PKS dan pembangunan keusahawanan.


Beliau berkata, UK turut menyatakan minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model perbankan koperasi Malaysia sebagai salah satu alternatif pembiayaan PKS di UK.


“Kita (Malaysia) juga menyatakan minat untuk bekerjasama rapat dengan UK dalam bidang pemasaran dan inisiatif pembinaan kapasiti untuk PKS termasuk perniagaan francais,” katanya.


Sementara itu dalam perbincangan dua hala dengan Amerika Syarikat pula, kedua-dua negara bersetuju bekerjasama dalam bidang pembangunan PKS.


Kedua-dua negara itu berkongsi usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menyokong pemulihan dan kebangkitan semula PKS selepas pandemik Covid-19 termasuk sokongan kepada usahawan baharu.


Malaysia menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam memudahkan PKS Malaysia mengakses pasaran ke negara itu termasuk perniagaan francais.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page