Nelson Angang kekal ketua bahagian UPKO Beaufort
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Nelson Angang kekal ketua bahagian UPKO Beaufort


30 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA PENYU: Calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020, Nelson W.Angang kekal sebagai Ketua Bahagian UPKO Beaufort bagi sesi 2022-2025.


Turut mengekalkan jawatan Ialah Timbalan Ketua Bahagian Jackson Juin Tanyuh.


Bagi Pergerakan Pemuda UPKO Bahagian Beaufort pula, diketuai oleh Viorey Eming, Ridhuan Mohamad Yatim (Timbalan Ketua) dan Sahlan Taufheck (Naib Ketua).

Manakala bagi Pergerakan Wanita UPKO Beaufort, diketuai oleh Suinih Anim, Mary Grace Piong (Timbalan Ketua Wanita) dan Angie Ilon Sipin (Naib Ketua).


Pergerakan Generasi Muda pula diterajui oleh Nuramalina Donatus menggantikan Mary Grace yang beralih ke bahagian Pergerakan Wanita.


Manakala Timbalan Generasi Muda yang baru dipilih ialah Jannelson Juin dan Nur Liyana Poh Lee (Naib Ketua GEM).

Mesyuarat Agong Tritahunan Bahagian UPKO Beaufort yang diadakan di Dewan Serbaguna Aki Sananak Kampung Bundu Tarah Kuala Penyu itu dirasmikan oleh Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Madius Tangau.


Turut hadir, Timbalan Presiden UPKO Datuk Donald Peter Mojuntin, Naib Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick, ahli-ahli majlis tertinggi dan para pemimpin UPKO.

Tags:

bottom of page