Nelson sumbang pelitup muka, hand sanitizer kepada SMK St. Peter BunduNelson sumbang pelitup muka, hand sanitizer kepada SMK St. Peter Bundu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Nelson sumbang pelitup muka, hand sanitizer kepada SMK St. Peter Bundu


Nelson (kanan) menyampaikan pelitup muka dan hand sanitizer kepada SMK St. Peter Bundu Kuala Penyu.

21 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA PENYU: Setiausaha Agung Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Nelson W. Angang menyampaikan sumbangan pelitup muka dan hand sanitizer kepada SMK St. Peter Bundu Kuala Penyu, hari ini.


Beliau berkata, ia adalah untuk kegunaan pelajar khususnya pelajar Tingkatan 5 sekolah itu yang akan memulakan sesi persekolahan pada 1 November ini, selepas Sabah beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Saya mengharapkan agar adik-adik kita dapat menumpukan perhatian sepenuhnya apabila sesi persekolahan dibuka semula dalam membuat persiapan menghadapi peperiksaan SPM awal tahun hadapan.


“Usaha dan pengorbanan pada hari ini adalah penentu kejayaan dihari esok,” katanya.


Sebelum ini sumbangan yang sama turut diberikan kepada tiga buah sekolah menengah di Kuala Penyu iaitu SMK Pekan Kuala Penyu, SMK Kuala Penyu dan SMK Pekan Menumbok.


Nelson berkata, dalam memenuhi SOP dan norma baru, pemakaian pelitup muka dan hand sanitizer adalah perkara wajib ketika ini.

bottom of page