Nelson sumbang pelitup muka kepada tiga sekolah menengah di Kuala PenyuNelson sumbang pelitup muka kepada tiga sekolah menengah di Kuala Penyu
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Nelson sumbang pelitup muka kepada tiga sekolah menengah di Kuala Penyu


14 Oktober 2021

Oleh Marryan Razan


KUALA PENYU: Setiausaha Agung Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Nelson W.Angang menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada tiga buah sekolah menengah di Kuala Penyu, hari ini.


Sekolah berkenaan ialah SMK Pekan Kuala Penyu, SMK Kuala Penyu dan SMK Pekan Menumbok.


“Pada hari ini saya berkesempatan memberikan sedikit sumbangan berupakan pelitup muka kepada beberapa buah sekolah yang sudah dibuka dan mempunyai pelajar Tingkatan 6 yang sudah memulakan sesi persekolahan mereka.

“Dalam memenuhi SOP dan norma baru, pemakaian pelitup muka atau face mask merupakan suatu perkara wajib pada waktu ini,” katanya dalam perkongsian melalui facebooknya, hari ini.


Nelson berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan kos pembelian pelitup muka kepada para pelajar khususnya pelajar Tingkatan 6.


“Kita juga berharap semoga para pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persediaan peperiksaan STPM yang akan datang,” katanya.


Selain itu beliau turut menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada barisan hadapan PDRM Kuala Penyu yang telah berkerja keras semasa pandemik ini.

Tags:

bottom of page