Nessly Januil dinobatkan juara Unduk Ngadau Kaamatan UPKO Kota Belud 2023
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Nessly Januil dinobatkan juara Unduk Ngadau Kaamatan UPKO Kota Belud 2023

Nessly (tengah) diapit oleh Marsha dan Aldyvia Christyka.

29 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Nessly Januil,19, dari Kg.Mandap dinobatkan johan Unduk Ngadau Kaamatan UPKO Kota Belud 2023 selepas menewaskan 11 peserta di peringkat akhir Pertandingan Unduk Ngadau sambutan Raya Kaamatan UPKO Kota Belud, hari ini.


Dengan kemenangan itu, pelajar berusia 19 tahun itu menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2,200 berserta tropi dan jambangan bunga.


Connie menyampaikan hadiah kepada juara Unduk Ngadau Kaamatan UPKO Kota Belud.

Nessly akan mewakili Kota Belud pada pertandingan Unduk Ngadau UPKO peringkat bahagian pada 6 dan 7 Mei ini di Dewan Tun Hamdan Tamparuli.


Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Marsha Fabian Wong , 23, dari Kg. Baru Timbang Manggaris dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM900 berserta tropi.


Tempat ketiga Aldyvia Christyka Jaikon,23, dari Kg.Piasau Kota Belud dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM700 dan tropi.

Ewon (kiri) dan Connie bergambar bersama pemenang Unduk Ngadau Kaamatan UPKO Kota Belud.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Datin Connie Parantis, isteri kepada Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada majlis Sambutan Kaamatan Raya UPKO 2023, di Dataran Skyblue Kg.Piasau, di sini, hari ini.


Majlis perasmian Raya Kaamatan UPKO Kota Belud itu disempurnakan oleh Ewon yang juga Presiden UPKO, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian dan Ahli Parlimen Penampang.


Acara lain yang diadakan sempena sambutan itu ialah pertandingan Sugandoi Kaamatan dan Tarik Tali.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page