top of page

Nicko Neldy Daiti Dipilih Pengerusi JKKK Kampung Talungan Bagi Penggal 2026–2030

  • nabalunews
  • 22 minutes ago
  • 1 min read

12 Februari 2026


KOTA BELUD: Pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Talungan, Mukim Wariu bagi kawasan N11 Kadamaian telah berlangsung dengan lancar di Dewan Terbuka Kampung Talungan hari ini.


Proses pengundian yang diadakan dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang itu menyaksikan seramai 112 penduduk menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.


Berdasarkan keputusan rasmi, Calon No. 2, Nicko Neldy Daiti, memperoleh 65 undi sekali gus dipilih sebagai Pengerusi JKKK Kampung Talungan bagi penggal 2026 hingga 2030. Calon No. 1, Jesferi Sundok, pula menerima 46 undi, manakala satu undi diklasifikasikan sebagai undi rosak.

Pemilihan tersebut dikendalikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Fandhy Rajin, bersama Pemaju Masyarakat, Elycia Sikul, serta Pemaju Mukim, Pinol Timun dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian.

Proses pemilihan berjalan secara teratur dan telus, mencerminkan komitmen penduduk kampung dalam memilih kepimpinan baharu demi memastikan kesinambungan pembangunan serta kesejahteraan komuniti setempat.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page