Nico Dituduh Di Mahkamah Sesyen Khas Pati
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns
KOTA KINABALU: Remaja warga asing yang tular selepas ditahan di pusat beli belah One Borneo, Jalan Sulaman, di sini, 15 Mac lalu, dituduh di Mahkamah Sesyen Khas PATI, hari ini.
Remaja yang dikenali sebagai Mohd Nico Ansboy, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnyaz
Mahkamah menetapkan 30 April depan sebagai tarikh sebutan semula pra-perbicaraan kes selain tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, susulan penangkapan suspek sebelum ini, pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah.
Katanya, beberapa individu berkaitan turut dipanggil dan dirakam percakapan bagi membantu siasatan sebelum tindakan seterusnya.
“Semakan lanjut turut dijalankan termasuk mendapatkan laporan daripada Jabatan Imigresen Malaysia serta pemeriksaan Forensik Pergigian bagi menentukan umur sebenar subjek.
“Kertas siasatan kemudiannya dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 31 Mac 2026 dan arahan tuduh telah diperolehi,” katanya dalam kenyataam media, hari ini.
Sehubungan itu, Kasim berkata, Polis Daerah Kota Kinabalu akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya dalam proses perundangan yang sedang berjalan.
Selain itu, katanya, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan prosiding mahkamah.















Comments