top of page

NIGERIA: MALARIA RAGUT 121 NYAWA KANAK-KANAK DALAM TEMPOH EMPAT BULAN

  • nabalunews
  • Oct 21, 2020
  • 1 min read

Updated: Oct 22, 2020


21 OKTOBER 2020


ABUJA: Sekurang-kurang 121 kanak-kanak bawah umur lima tahun dilaporkan meninggal dunia di Nigeria dalam tempoh empat bulan lalu akibat malaria ketika jumlah kes meningkat semasa musim tengkujuh, lapor Agensi Anadolu.

Pada sidang akhbar Selasa, Pengarah Hospital Dutse, Abbas Ya'u berkata, 15,754 kes malaria dikesan di Dutse, negeri Jigawa, timur laut negara itu antara Jun dan September,  8,102 daripada mereka adalah pesakit pediatrik.

Beliau berkata, sistem kekebalan kanak-kanak bawah lima tahun tidak cukup kuat untuk melawan parasit itu dan mereka mudah dijangkiti lalu meninggal dunia.


Menurut Laporan Malaria Dunia 2019 diterbitkan pada Disember lalu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 228 juta kes malaria dikesan di seluruh dunia pada 2018.

Dianggarkan sebanyak 405,000 kematian di seluruh dunia akibat penyakit itu dan 94 peratus kematian pada 2018 adalah di rantau Afrika.

Angka korban di Nigeria sahaja sebanyak 24 peratus daripada perangkaan dunia.


Kanak-kanak bawah lima tahun adalah kumpulan berisiko tinggi dengan 67 peratus kematian.

Malaria menjangkiti manusia menerusi gigitan nyamuk yang dijangkiti penyakit berkenaan. Meskipun boleh dicegah dan dirawat, ia masih dianggap penyakit mengancam nyawa, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Afrika.


Mereka yang dijangkiti kebiasaannya mengalami gejala seperti deman panas dan menggigil kesejukan. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page