Noorita sual dilantik Senator Dewan Negara, fokuskan isu-isu wanita dan orang asal
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Noorita sual dilantik Senator Dewan Negara, fokuskan isu-isu wanita dan orang asal


20 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah melantik Naib Pengerusi DAP Sabah, Senator Noorita Sual sebagai Senator Dewan Negara mulai hari ini hingga 20 Mac 2026.


Noorita Sual, yang berusia 43 tahun dan keturunan suku kaum Murut Tahol, adalah seorang sarjana muda undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga bekas Ahli Parlimen Tenom yang telah memenangi kerusi Pakatan Harapan (PH) dengan keputusan 8919 undi pada pilihan raya umum ke-15.


Noorita Sual telah menangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim pagi tadi.


Norita menyatakan bahawa beliau bersyukur atas pelantikan tersebut dan terharu kerana diberi mandat sekali lagi untuk menjadi anggota Parlimen Malaysia dan kali ini di Dewan Negara.


Noorita juga mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Anthony Loke dan pimpinan parti serta akar umbi yang telah menaruh kepercayaan kepada beliau untuk mewakili DAP di peringkat legislatif.


“Dengan rendah hati, saya merakamkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pelantikan saya.


“Dalam kesempatan ini, saya mahu berterima kasih kepada Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Anthony Loke dan pucuk pimpinan parti serta akar umbi yang telah menaruh kepercayaan kepada saya untuk mewakili DAP diperingkat legislatif dengan berlatarbelakangkan orang asal dan wanita serta pedalaman Sabah. Saya mengharapkan semua pihak berkenaan bersama-sama dengan saya untuk berusaha lebih giat lagi dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya.


“Saya juga berbesar hati mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH yang telah memberi peluang ini kepada saya bagi memainkan peranan dan melunaskan tanggungjawab sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Beliau akan memfokuskan kepada isu-isu wanita seperti hak wanita, perlindungan kanak-kanak dan warga emas, serta memperjuangkan hak orang asal dan pembangunan kawasan pedalaman di Sabah.


Sebelum upacara mengangkat sumpah, Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng, turut memberikan sokongan moral dan ucapan tahniah kepada Noorita di dalam Dewan.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page