top of page

Nopungguk Juara Keseluruhan, Nadau Juara Perbarisan

  • nabalunews
  • Apr 13
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


13 April 2026


KOTA BELUD: Rumah Sukan Nopungguk dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Olahraga dan Sukan Tara Sekolah Kebangsaan (SK) Melangkap 2026 yang berlangsung selama empat hari bermula 6 hingga 9 April lalu.


Kejohanan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Melangkap dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) itu menyaksikan Rumah Sukan Nadau memenangi kategori Juara Perbarisan.


Dalam kejohanan tersebut, Marcelo Leo Alexson dari Rumah Sukan Nadau dinobatkan sebagai Olahragawan, manakala Jesc Vierrieca Christine dari Rumah Sukan Nopungguk dinobatkan sebagai Olahragawati.

Yang Dipertua PIBG SK Melangkap, Anichlose Kesimin, selaku perasmi kejohanan, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir memberikan sokongan sepanjang empat hari kejohanan.


Beliau menegaskan bahawa kehadiran dan semangat yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi nadi kejayaan acara tersebut, bukan sahaja menyokong anak-anak sendiri malah seluruh peserta kejohanan.


Anichlose turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi.

Sementara itu, Guru Besar SK Melangkap, Holen Sayaman, menjelaskan bahawa acara itu bertujuan membentuk insan seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Kejohanan Olahraga berlangsung pada 8 dan 9 April, manakala Sukan Tara diadakan pada 6 dan 7 April.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page