top of page

OBMJ IPD Penampang: 55 Kenderaan, 75 Orang Diperiksa

  • nabalunews
  • 1h
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


27 Februari 2026


PENAMPANG: Seramai 56 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah melancarkan Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah (OBMJ) di beberapa lokasi tumpuan sekitar Putatan yang berakhir awal pagi semalam, dengan memeriksa 55 kenderaan dan 75 individu.


Operasi berskala besar yang dipusatkan di kawasan hotspot daerah Putatan itu menyaksikan pemeriksaan melibatkan pelbagai aspek keselamatan, termasuk pencegahan jenayah dan penguatkuasaan undang-undang lalu lintas.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton mengetuai sendiri operasi tersebut, manakala Ketua Polis Balai Putatan, Inspektor Afizul Ag Amin bertindak sebagai penyelaras yang merangka strategi pergerakan pasukan di lapangan.


Turut hadir dalam operasi itu ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Erwansyah Abdul Basir bersama ketua-ketua bahagian IPD Penampang yang memantau kelancaran pelaksanaan tugasan.


Pelbagai taktik pencegahan jenayah digerakkan sepanjang operasi, termasuk sekatan jalan raya, rondaan cegah jenayah, program "Talk To Us" bagi mendekati masyarakat, serta rondaan Bit (bermotosikal) di lokasi-lokasi panas yang telah dikenal pasti.


IPD Penampang menegaskan komitmen berterusan untuk melaksanakan operasi seumpama ini demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara, khususnya di daerah Penampang dan Putatan.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page