Olimpik Paris 2024: Ariana tewas menerusi shoot-off

31 Julai 2024
PARIS: Pemanah muda negara, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi terpaksa akur tewas 5-6 menerusi shoot-off di tangan pemanah Itali, Chiara Rebagliati dalam pertarungan 32 terbaik acara recurve individu wanita di Sukan Olimpik Paris 2024 di Hotel des Invalides, hari ini.
Begitupun, Ariana memberi tentangan sengit kepada lawannya itu apabila mengheret perlawanan ke penentuan satu panahan selepas terikat 5-5 dalam lima set sebelum itu.
Set pertama menyaksikan kedua-dua pemanah mengumpul satu mata apabila terikat 27-27, sebelum Ariana menang di set kedua dengan 25-24.
Rebagliati bangkit memenangi dua set berikutnya 27-28, 29-28 untuk mendahului 5-3 sebelum atlet muda negara bangkit dengan menang set kelima 29-27 dan kedudukan terikat 5-5, untuk mengheret aksi ke shoot-off.
Panahan terakhir Chiara tepat menuju ke 10 mata manakala Ariana meraih 9 mata.
Untuk rekod, kedudukan ranking dunia antara mereka amat jauh apabila Ariana di tempat ke-43 manakala Chiara di tangga kesembilan dunia.
Walaupun kedudukan ranking cukup berbeza, semangat melawan Ariana harus dipuji terutama mengheret ke set penentuan, sekali gus menjamin masa depan cerah buatnya dalam sukan memanah.
Comments