Omnipresence, Cegah Jenayah Daerah Penampang Keluar Empat Saman
- nabalunews
- Sep 25
- 1 min read

25 September 2025
PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang meneruskan pelaksanaan Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah (OBMJ) sebagai usaha berterusan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, sepanjang pelaksanaannya, empat rondaan cegah jenayah (RCJ) dijalankan di lokasi-lokasi strategik.
Katanya, selain itu, polis turut melaksanakan sekatan jalan raya di Jalan Pintas Penampang berhadapan Plaza 333.

“Selain daripada menunjukkan kehadiran polis "Omnipresence" dan melawat rumah kosong yang ditinggalkan, pasukan operasi turut membuat pemantauan dan operasi serta menasihatkan pengusaha premis-premis hiburan di daerah ini supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
“Operasi seumpama ini adalah sebagai medium pihak polis mendekati masyarakat setempat dalam memudahkan penyampaian dan perkongsian maklumat jenayah di kawasan serta persepsi ‘fear of crime’,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sammy berkata, secara keseluruhan, seramai 95 orang diperiksa dan empat keping saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan hasil pemeriksaan 62 kenderaan.
“Objektif utama OBMJ ini diadakan adalah bagi menunjukkan kehadiran polis (Omnipresence) di kawasan-kawasan hotspot dan tumpuan orang ramai.
“Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan potensi berlakunya jenayah di kawasan yang terlibat,” katanya.
Menurutnya, IPD Penampang akan terus komited dalam melaksanakan pemantauan, pencegahan jenayah serta penguatkuasaan undang-undang demi kesejahteraan masyarakat.


















Comments