top of page

Op Hazard 2.0 Rampas Barangan Bernilai RM10.3 Juta

  • nabalunews
  • Jun 19, 2025
  • 1 min read

19 Jun 2025


KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya mematahkan beberapa sindiket pengumpulan barangan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) serta barang lusuh yang beroperasi secara haram di negeri ini.


Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, operasi Op Hazard 2.0 yang melibatkan pelbagai agensi itu dilaksanakan secara serentak pada 16 Jun lalu di 16 lokasi dikenalpasti.


Katanya, antara daerah terlibat ialah Kota Kinabalu, Papar, Tuaran, Keningau, Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu serta Sandakan.

“Hasil operasi ini, seramai 44 individu berjaya ditahan melibatkan 23 lelaki, lima wanita dan seorang kanak-kanak tempatan.


“Selain itu, pasukan operasi turut menahan 10 lelaki serta lima wanita warga Filipina dan Indonesia selepas didapati terlibat dalam kegiatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, sepanjang operasi berkenaan, pihak berkuasa turut berjaya merampas pelbagai barangan e-waste yang dianggarkan bernilai keseluruhan sebanyak RM10.3 juta.

Katanya,hasil siasatan awal, semua pusat serbuan dipercayai membeli dan mengumpul barangan e-waste secara salah.


“Antara kesalahan yang dikesan dalam operasi ini adalah mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan (Buangan Berjadual) 2005 Kualiti Alam Sekeliling, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.


“Selain itu, pasukan operasi turut mengesan kesalah mengikut Akta Pencegaham dan Berjangkit 1988 (Akta 342) Pengawalan Penyakit, Akta Makanan 1983(Akta 281), Akta Perkhidmatan Bomba (Akta 341), Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Perlesenan Perdagangam 1948,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rani berkata, operasi dilaksanakan dengan kekuatan 313 anggota dan pegawai melibatkan PGA, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


“Operasi turut disertai Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page