top of page

OP Mabuk: Pemandu Mabuk Ditahan

  • nabalunews
  • 28 minutes ago
  • 1 min read

ree

4 Disember 2025


PENAMPANG: Seorang lelaki ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi Op Mabuk yang dijalankan di Jalan Bundusan, Penampang, awal pagi, semalam.


Operasi dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu turut mengeluarkan 12 saman termasuk enam atas kesalahan tiada lesen memandu.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pemandu mabuk terbabit ditahan mengikut Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

ree

Katanya, kesalahan dilakukan iaitu memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang telah ditetapkan.


“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara selama dua tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama 2 Tahun.


“Dalam operasi sama, pihak polis turut mengeluarkan 12 keping saman dan enam daripadanya kerana tidak memiliki lesen memandu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, secara keseluruhannya, seramai 61 individu dan 55 kenderaan diperiksa sepanjang operasi.


“Operasi ini juga antara lainnya, bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya agar sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan lalulintas yang telah ditetapkan,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page