OP NODA: DUA WARGA ASING DITAHAN
- nabalunews
- May 10
- 1 min read

10 Mei 2025
PENAMPANG: Dua wanita warga asing ditahan selepas disyaki menjalankan aktiviti persundalan ditahan dalam operasi di sebuah hotel di Jalan Bundusan, di sini, tengah malam tadi.
Dalam operasi Op Noda jam 12.30 tengah malam itu, kedua-dua wanita yang ditahan adalah berasal dari Thailand dan berusia 30-an.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, kedua-dua suspek itu dipercayai melakukan aktiviti berkenaan menggunakan platform atas talian untuk mendapatkan pelanggan.

Katanya, sebaik ditahan, pihak polis turut berjaya merampas pelbagai barangan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan persundalan berkenaan,
“Antara barangan dirampas ialah telefon bimbit, tablet, kondom dan sejumlah wang tunai pelbagai negara.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti persundalan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
Sehubungan itu, Sammy berkata, pihaknya amat komited dalam usaha membanteras kegiatan tidak bermoral berkenaan daripada terus berleluasa.
Katanya, orang ramai disarankan supaya membantu menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan jenayah di kawasan masing-masing untuk tindakan segera.


















Comments