OP SAMSENG JALANAN: Dua Ditahan, Empat Motosikal Disita
- nabalunews
- 4 hours ago
- 1 min read

26 Disember 2025
LAHAD DATU: Dua penunggang ditahan, empat motosikal disita dan 13 saman dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan di empat lokasi berasingan, sekitar daerah ini, awal pagi Khamis lalu.
Dalam operasi kira-kira jam 1 pagi itu, operasi dilaksanakan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu itu turut menahan dua lelaki warga asing.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, operasi Op Motosikal (Samseng Jalanan) itu dilaksanakan di Pusat Bandar Lahad Datu, Bandar Sri Perdana, Bandar Fajar Central dan Jalan Lahad Datu Sandakan-Tawau.

“Hasil pemeriksaan, dua lelaki ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan menunggang motosikal tanpa lesen.
“Dalam operasi ini, empat motosikal telah ditahan dan disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jaan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, sepanjang operasi berkenaan, pihak polis turut mengeluarkan 13 keping saman atas pelbagai kesalahan trafik.
Sehubungan itu, Dzulbaharin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti samseng jalanan.
Katanya, operasi pemantauan akan giat dilaksanakan dalam usaha membendung penularan kegiatan ini.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti ini diminta untuk menyalurkannya kepada Bilik Gerakan IPD Lahad Datu di talian 089 881255,” katanya.


















Comments