top of page

Op Selamat: Pemantauan Udara Diteruskan

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

24 Mac 2026


PENAMPANG: Pemantauan lalu lintas melalui udara Op Selamat 26/2026 diteruskan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.


Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini menegaskan, pemantauan berkenaan yang diketuai Inspektor Rozaimi Ahmad itu dilaksanakan dengan kerjasama Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah.


Katanya, pemantauan melibatkan kawasan Zon Pedalaman Barat Sabah dengan menggunakan helikopter jenis Agusta AW139 milik PGU Sabah yang diketuai oleh Superintenden Dhanieherman Hoesni Abd Aziz.

“Melalui pendekatan ini, pihak polis dapat memperoleh gambaran menyeluruh keadaan trafik semasa, seterusnya membolehkan tindakan segera diambil bagi mengawal kesesakan serta memastikan aliran trafik sentiasa lancar dan terkawal.


“Inisiatif ini merupakan salah satu langkah dalam meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, khususnya sepanjang musim perayaan,” katanya.


Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan sikap bertimbang rasa.


Katanya, pengguna jalan juga disarankan agar memandu secara berhemah bagi memastikan perjalanan yang selamat untuk semua.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page