Op Tapis: Lelaki Ditahan, 0.07 Gram Syabu Rampas di Tawau
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
30 Mac 2026
TAWAU: Seorang lelaki ditahan dalam Op Tapis di Tawau selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 0.07 gram pada 28 Mac lalu.
Penahanan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tawau di kawasan Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jasmin Hussin berkata, suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan telah diperiksa sebelum pihak polis menemui sepaket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih yang disyaki syabu.
“Hasil pemeriksaan, polis menemui sepaket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 0.07 gram dalam milikan suspek,” katanya.
Suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.











