top of page

Operasi Bersepadu KPDN Tawau: Premis Gunakan Alat Sukat Luput Tempoh Dikenakan Tindakan

  • nabalunews
  • Apr 4
  • 2 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


4 April 2026


TAWAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau melalui operasi bersepadu selama tiga hari bermula 1 hingga 3 April 2026 telah mengesan beberapa premis di bandar Tawau menggunakan alat sukatan yang telah tamat tempoh untuk tujuan perdagangan. Tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap premis berkenaan di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.


Operasi bersepadu ini dilaksanakan bersama Bahagian Penguatkuasaan Kawal Selia Padi (KPB) Tawau, Pasukan Gerakan Am (PGA), serta Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Ia merupakan inisiatif berterusan KPDN untuk memperkukuh pematuhan peraturan perniagaan, termasuk pemantauan bekalan barang kawalan, pencegahan penyelewengan, penandaan harga, serta ketepatan alat timbang. Selain memastikan kepatuhan peniaga, pemeriksaan turut bertujuan menjamin bekalan barang kawalan berjadual di pasaran Tawau kekal mencukupi, terutamanya menjelang musim perayaan.


Bagi kesalahan di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972, individu yang sabit kesalahan pertama boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, denda boleh meningkat sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi syarikat, denda sehingga RM100,000 dikenakan untuk kesalahan pertama dan sehingga RM250,000 untuk kesalahan berikutnya. Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM2 juta untuk kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta untuk kesalahan berikutnya.

KPDN Tawau dan agensi yang terlibat akan terus mempertingkatkan pemantauan dari semasa ke semasa, khususnya menjelang musim perayaan, bagi memastikan aktiviti perniagaan berjalan secara beretika dan mematuhi undang-undang demi melindungi kepentingan pengguna. Sebarang aduan boleh disalurkan melalui portal e-aduan.kpdn.gov.my, menghubungi talian 089-776690 (KPDN Tawau) atau melalui WhatsApp di 019-279 4317 dan 019-848 8000 (Aduan Pengguna).

 
 
 

1 Comment


showen
showen
Apr 04

The beauty of run 3 lies in its perfect balance of challenge and fun. As you run through endless space tunnels and dodge dangerous gaps, Run 3 constantly pushes you to improve while making every victory feel rewarding.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page