Ops Bersepadu JIM Sabah Tahan 31 Warga Asing
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

13 Februari 2026
KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menahan seramai 31 Pendatang Asing Tanpa Izin dalam tiga operasi berasingan yang dijalankan di Kota Kinabalu dan Sipitang.
Di Sipitang, hasil pemeriksaan terhadap 30 individu membawa kepada penahanan 24 warga Filipina, terdiri daripada enam lelaki dewasa, tujuh perempuan dewasa, enam kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan.
Sementara itu di Kota Kinabalu, pemeriksaan terhadap 16 individu menghasilkan penahanan tujuh warga asing membabitkan seorang lelaki dewasa warganegara China, seorang lelaki dewasa dan tiga perempuan dewasa warganegara Filipina, serta dua perempuan dewasa yang masih belum dapat dipastikan kewarganegaraan.
Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah.
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau majikan yang didapati melindungi, menyembunyi atau menggaji Pendatang Asing Tanpa Izin.-sumber Jabatan Imigresen Negeri Sabah


















Comments