top of page

Ops Khazanah: Tahan Dua Lori Balak

  • nabalunews
  • Jul 29
  • 1 min read

ree

29 Julai 2025


SANDAKAN: Jabatan Perhutanan Negeri Sabah dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan dua lori yang membawa muatan balak dalam Operasi Khazanah, 23 Julai lalu.


Kedua-dua lori yang membawa 59 batang kayu balak bernilai RM2.68 juta itu ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, di Kampung Randagong, Ranau.


Kedua-dua lori balak ditahan selepas didapati tanpa pas memindah balak (Removal Pass) dan kebenaran bergerak selepas jam 7 malam - 7 pagi dari Jabatan Perhutanan.


Ketua Konservator Hutan Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Frederick Kugan berkata demikian bagi mengulas laporan yang tular di platform digital mengenai rampasan kedua-dua lori yang membawa muatan balak berkenaan.


Katanya, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati kedua-dua lori balak itu mengangkut dan memindahkan 59 batang balak bersamaan 63.2 m3.


“Siasatan lanjut oleh Jabatan Perhutanan Sabah mengesahkan semua balak merupakan keluaran dari lesen membalak Borang I pelesen Sabah Energy Corporation Sdn Bhd di daerah Sipitang dan semua bayaran royalti berjumlah RM4,732.70 sudah dijelaskan kepada Kerajaan Negeri.


“Merujuk harga pasaran pemprosesan kayu kayan domestik, Jabatan Perhutanan Sabah mengesahkan nilai komersial semua balak dianggarkan berjumlah RM 31,600.


“Susulan kesalahan yang dilakukan, pelesen telah dikenakan denda berjumlah RM1,600,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.


Frederick menegaskan Jabatan Perhutanan Sabah sentiasa menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan hasil hutan negeri sentiasa dilindungi.


Katanya, pihaknya juga perlu memastikan semua aktiviti pembalakan dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page