top of page

Penunggang motosikal maut bertembung bas ekspres

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

ree

20 Oktober 2025


RANAU: Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres dalam kejadian di Kilometer 17, Jalan Ranau – Telupid, semalam.


Dalam kejadian jam 10.20 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun dilaporkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.


Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Kampung Lasing, Ranau, menunggang motosikal Yamaha Y15ZR.

ree

Katanya, mangsa dipercayai bergerak dari arah Nalapak menuju ke Kampung Lasing sebelum cuba memotong lori dihadapannya.


“Bagaimanapun, mangsa dipercayai gagal mengelak dan terus bertembung dengan bas ekspres yang datang dari arah bertentangan.


“Impak kuat perlanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak sejauh kira-kira 17 meter dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan, tangan dan kaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Lohan.


Katanya, pemandu bas ekspres tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Ranau bagi tujuan bedah siasat.


“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


Sementara itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tragis seumpama ini berulang.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page