top of page

Pairin iktiraf langkah Ewon tinggalkan Kabinet Persekutuan atas prinsip mempertahan hak Sabah

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

23 November 2025


KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengiktiraf tindakan berani Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick meninggalkan kabinet kerajaan persekutuan demi mempertahankan isu tuntutan 40 peratus hak Sabah.


Menurutnya, kerajaan persekutuan sepatutnya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan tidak berdolak dalik untuk melaksanakannya.


“Mereka kata tidak akan membuat rayuan untuk 40 peratus, hanya bahagian lain. Tapi ini cuma ‘silap mata’ untuk melambatkan dan mengelirukan kita.


“Kawan kita (Ewon) ini sendiri keluar daripada Kabinet Persekutuan kerana isu ini,” katanya dalam satu sidang meja bulat yang disiarkan oleh NorthBorneoTV dan Sabah Way Forward.


Sesi berkenaan dihadiri Presiden Kehormat UPKO, Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick dan Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joachim Gunsalam.


Turut hadir, bekas Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.


Sementara itu, Pairin turut menyuarakan kebimbangan dan memberi amaran dengan menggambarkan negeri Sabah sebagai sedang "sakit".


Katanya, "penyakit" yang melemahkan Sabah itu perlu mesti dikenal pasti dan ‘dibuang’ sebelum ia membawa impak yang lebih buruk.


"Dalam dunia perubatan, jika sesuatu itu perlu dibuang, buangkanlah Sabah sakit," tegasnya.


“Saya pernah memberitahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, beliau sebagai ubat untuk memulihkan Sabah dan tolong untuk menyelesaikan masalah Sabah.


Bagaimanapun katanya, Anwar hanya menjawab sebagai “Tiada jawapan.”

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page