Pan Borneo: 4 daripada 16 Pakej Kerja Siap
- nabalunews
- Dec 12, 2025
- 1 min read

12 Disember 2025
KOTA KINABALU: Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A melibatkan jajaran sepanjang 318 kilometer sedang giat dilaksanakan di tapak dengan status kemajuan terkini sebanyak 86.53 peratus.
Sehingga kini, sebanyak empat pakej kerja daripada keseluruhan 16 pakej kerja telahpun berjaya disiapkan dan dibuka untuk pengguna jalan raya.
Manakala bagi LPB Sabah Fasa 1B yang melibatkan jajaran sepanjang 388 kilometer juga sedang dilaksanakan mengikut perancangan dengan mencatatkan kemajuan fizikal pada tahap 12.27 peratus.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, terdapat beberapa masalah yang dikenal pasti termasuk kekurangan bahan binaan seperti pembekalan bitumen.
Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan sudah diselesaikan dan masalah besar lain adalah isu-isu pengambilan balik tanah serta kerja-kerja pengalihan utiliti.
“Banyak masalah, memang ada masalah dengan syarikat pengurusan dan kita pun dah tahu, dah nasihat mereka untuk pertingkatkan usaha mereka untuk memperhalusi di peringkat mereka.
“Memang masalah besar adalah isu-isu pengambilan balik tanah, lari laluan dan juga kerja pengalihan utiliti.
“Selain itu, memang ada juga dibincangkan isu kekangan dalam segi bekalan material, mungkin ada juga sedikit sebanyak itu berkaitan dengan pekerja dan macam bitumen, baru-baru ini tidak ada bitumen, tapi cukup baru-baru ini, dah ada supply lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas diberikan taklimat pembinaan LPB di Kampung Ketiau, Putatan, di sini, hari ini.
Alexander berkata, tumpuan dan fokus diberikan kepada masalah dan juga solusi terbaik yang dibincangkan secara bersama bagi memastikan pembinaan berjalan lancar.















Comments