top of page
  • nabalunews

PANGLIMA DIVISYEN KE-5 INFANTRY LAWAT ESSCOM


foto Esscom


2 Feb 2021


LAHAD DATU: Panglima Divisyen ke-5 Infantry, Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Halim Khalid melawat Ibu Pejabat ESSCOM, di sini, hari ini.


Beliau yang tiba di Ibu Pejabat ESSCOM sekitar jam 2.00 petang itu, disambut oleh Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman yang diiringi Ketua-Ketua Staf serta pegawai-pegawai kanan ESSCOM.


Dalam kunjungan tersebut, YBhg Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Halim telah dibawa melawat ke Pusat Operasi (PUSOP) ESSCOM dan diberikan taklimat mengenai konsep pengoperasian dan kesiapsiagaan ESSCOM di Zon Selamat Timur Sabah dalam mengawal dan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan pantai timur Sabah yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Staf PUSOP Kolonel Rosli Bahrun.


Turut hadir dalam lawatan tersebut Panglima 13 Briged Infantry Felda Sahabat, Brig Jeneral Abdul Razak bin Hussain.

Comments


bottom of page