Paras air di kawasan hotspot banjir sekitar Kota Kinabalu terkawal – APM
- nabalunews
- 2 days ago
- 1 min read

4 Januari 2026
KOTA KINABALU: Paras air di kawasan beberapa kawasan hotspot banjir sekitar daerah Kota Kinabalu masih berada dalam keadaan terkawal dan di bawah paras amaran.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu memaklumkan, ia susulan pemantauan pada Ahad di kawasan terlibat antaranya Kampung Cenderakasih, Taman Kolombong, Kampung Inanam Laut serta Kionsom Inanam.
“Penduduk di sekitar kawasan berisiko dinasihatkan supaya memastikan barangan berharga dan dokumen penting disimpan dalam keadaan selamat.
“Dalam masa sama, sentiasa bersiap sedia untuk berpindah sekiranya paras air semakin naik,” maklum APM dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Kota Kinabalu telah diisytihar sebagai kawasan bencana banjir berikutan kenaikan paras air sungai yang bahaya.
Pengisytiharan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah, pada 9 malam.
Sementara itu, menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 158 mangsa terjejas melibatkan 53 keluarga di daerah ini dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Masjid Al-Munir Kampung Darau.


















Comments