Parlimen Sepanggar Sedia Bantuan Khas One-Off Penuntut Pengajian Tinggi
- nabalunews
- Oct 26, 2025
- 1 min read

26 Oktober 2025
KOTA KINABALU: Parlimen Sepanggar menyediakan peruntukkan bantuan khas secara one-off kepada penuntut yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.
Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, inisiatif itu bagi meringankan beban kewangan keluarga selain menggalakkan pelajar Sabah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Mana-mana pelajar kita yang menerima tawaran masuk universiti, politeknik, kolej komuniti atau institusi TVET, maklumkan kepada pejabat Parlimen.

“Kita akan berikan RM500 untuk yang ke Semenanjung dan RM300 bagi yang belajar di Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program MADANI Rakyat: Komuniti Inanam di Dewan Datuk Steven Kutai, Kampung Nountun, di sini, hari ini.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Pendidikan Tinggi berkata, inisiatif itu juga adalah hasil kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam bagi memastikan bantuan yang disalurkan sampai kepada pelajar.

“Perkara ini akan kita teruskan dan ada banyak lagi sebenarnya yang akan kita laksanakan,” tambahnya.


















Comments