• Wartawan Nabalu News

Pasar Kebudayaan Borneo ketiga dilancar di Bangi


14 Nov 2021

By Wartawan Nabalu News


BANGI: Pasar Kebudayaan Borneo yang ketiga telah dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri di Bangi Golf Resort, di sini, hari ini.


Pasar itu menempatkan 60 peniaga dan beroperasi setiap Ahad bermula pukul 7 pagi sehingga 11 pagi.


“Pasar Kebudayaan Borneo ketiga dibuka selepas Johor dan Seri Kembangan. Datang dan lihat sendiri produk makanan warisan seni dan budaya Borneo di Bangi Golf Resort.


“Terima kasih Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming yang sentiasa menyokong usaha Persatuan Pasar Borneo,” kata Nancy dalam paparan Twitternya.


Pasar Kebudayaan Borneo ini merupakan platform terbaik bagi membantu para peniaga yang terjejas akibat COVID-19 untuk kembali menjana pendapatan.