top of page

Pasar Sin On bakal ada 68 petak parkir berbumbung

  • nabalunews
  • 46 minutes ago
  • 1 min read

Philip meninjau kerja-kerja naik taraf tempat parkir Pasar Sin On
Philip meninjau kerja-kerja naik taraf tempat parkir Pasar Sin On

23 Januari 2026


TAWAU: Pasar Sin On yang merupakan antara pasar utama di daerah ini bakal mempunyai 68 petak parkir berbumbung apabila projek naik taraf tempat letak kereta siap sepenuhnya.


Ketika ini, projek tersebut sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap tidak lama lagi.


Menurut Ahli Jawatankuasa DAP Sabah, Philip Yap, apabila siap nanti, prasarana tersebut bakal memberi keselesaan kepada pengunjung, khususnya semasa cuaca hujan atau panas terik.


Katanya, penambahbaikan kemudahan parkir itu penting bagi memenuhi keperluan orang ramai memandangkan Pasar Sin On mempunyai jumlah pengunjung yang tinggi setiap hari.


"Sepanjang tempoh pelaksanaan projek, akan berlaku kekurangan tempat parkir buat sementara waktu dan kita mohon orang ramai bersabar kerana kemudahan yang baik memerlukan sedikit masa untuk disiapkan," katanya.


Beliau turun padang meninjau perkembangan kerja-kerja menaik taraf projek tersebut, hari ini.


Philip berharap projek tersebut akan dapat disiapkan mengikut perancangan asal, sekaligus memberikan kemudahan yang lebih selesa, selamat dan teratur kepada pengunjung serta peniaga Pasar Sin On.


Sementara itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, atas peruntukan persekutuan yang disalurkan bagi merealisasikan projek tersebut demi manfaat rakyat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page