top of page

Pasukan Teknikal Sabah Electricity Berjuang Membaikpulih Bekalan Elektrik

  • nabalunews
  • Sep 15
  • 1 min read
ree

15 September 2025


KOTA KINABALU: Pasukan teknikal Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kini giat menjalankan kerja-kerja membaik pulih tiang menara yang tumbang di Kampung Sarapung, Penampang.


Ketika ini, pasukan teknikal Sabah Electricity berhadapan dengan cabaran dalam usaha untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan disebabkan cuaca hujan yang menyebabkan laluan berjalan kaki untuk masuk ke lokasi tiang menara menjadi sukar.


Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, keselamatan anggota kerja diberikan keutamaan ketika melaksanakan kerja-kerja pembaikan.

ree

“Walaupun berhadapan dengan keadaan cuaca buruk dan akses yang terhad, mereka tetap meneruskan kerja siang dan malam untuk memastikan bekalan elektrik dapat dipulihkan dalam tempoh masa yang terdekat ini,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.


Pasukan teknikal Sabah Electricity berjuang di lapangan menggunakan segala kepakaran dan peralatan yang ada untuk memulihkan penyaluran bekalan elektrik dengan selamat dan cepat.


Dalam pada itu, Sabah Electricity menzahirkan penghargaan kepada Sabah Air Aviation Sdn.Bhd. kerana memberikan bantuan helikopter untuk kerja-kerja mengangkat peralatan membina tiang Emergency Restoration System (ERS) yang akan dibangunkan sebagai satu usaha menggantikan tiang menara yang tumbang.


Menurut beliau, bantuan menggunakan helikopter untuk mengangkat peralatan dan keperluan mendirikan ERS telah dijalankan pada ketika hujan berhenti pagi tadi.


“Kami mohon kerjasama dan kesabaran orang ramai sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan ini dan pasukan teknikal kami akan terus komited memastikan bekalan elektrik kembali stabil demi kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page