top of page

PdPR LANGKAH TERBAIK ELAK PENULARAN COVID-19 DI KALANGAN KANAK-KANAK

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 19, 2021
  • 2 min read


19 Jan 2021

OLEH SYABIL SYAFI


KOTA KINABALU: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sesi persekolahan 2021 yang akan bermula esok diseluruh negara dilihat sebagai satu langkah terbaik bagi memastikan kesihatan pelajar dapat dijaga ketika musim pandemik Covid-19.


Proses PdPR itu bukan sahaja menuntut disiplin tinggi pelajar malah ibu bapa juga terpaksa memainkan peranan demi memastikan anak-anak mereka tidak tercicir sepanjang PdPR dilaksanakan.


Anak kepada Nurhafizah.


Namun perkara itu bukan mudah untuk dilaksanakan dan ternyata memberi cabaran kepada ibu bapa khususnya mereka yang bekerja setiap hari.


Beberapa penjaga yang ditemui mengakui mereka mampu menyediakan kemudahan untuk PdPR melalui kaedah dalam talian kepada anak namun masih berdepan dengan kekangan lain.


Seorang ibu, Fauziah Ngaimin,49, berkata dia tidak bersetuju dengan pelaksanaan PdPR bagi tahun ini kerana mempunyai pengalaman lalu apabila terdapat banyak kekangan termasuk bekerja di pejabat setiap hari.


“Saya mempunyai dua anak yang bersekolah di sekolah rendah dan menengah. Jika PdPR ini dilaksanakan, anak-anak kurang memberi fokus dan sukar faham sepenuhnya dalam satu mata pelajaran yang diberi oleh guru mereka.


“Saya pula terpaksa bekerja sepenuh masa setiap hari di pejabat dan hanya ada masa pada waktu malam untuk membuat pemantauan pelajaran mereka,” katanya.


Fauziah berkata, bagi anak yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini juga dilihat perlu hadir ke sekolah bagi mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka dengan guru di kelas mereka.


Azlinah

Berbeza bagi seorang ibu, Nurhafizah Husin,36, berkata dia bersetuju PdPR dilaksanakan buat kali kedua pada tahun ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 selain kes Covid-19 masih mencatat rekod yang tinggi.


Meskipun bersetuju PdPR dilaksanakan namun dia mengakui tidak setuju apabila pihak sekolah memberi waktu yang singkat untuk tujuan penghantaran tugasan yang diberikan setiap hari.


“Sebelum ini pernah anak saya diberikan tugasan pada awal pagi dan perlu menghantar pada jam 12 tengah hari. Ini dilihat agak sukar untuk ibu bapa menyelesaikan tugasan mereka mengikut jadual kerana kami juga bekerja pada setiap pagi sehingga petang.


“Walaubagaimanapun, sesi pembelajaran di sekolah lebih berkesan. Kalau di rumah tidak banyak yang mampu diikuti, suasana dirumah tidak sama dengan disekolah,”katanya.


Nurhafizah berkata, dia mencadangkan agar pihak sekolah dapat memberikan modul pembelajaran setiap Isnin dan dihantar ke sekolah pada setiap Jumaat.


“Kaedah ini boleh dibuat dimana ibu bapa akan mengambil modul berkenaan di sekolah dan menghantar modul berkenaan secara pandu lalu,”katanya.


Sementara itu, bagi seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Inanam Dua, Azlinah Arba berkata, cabaran yang dihadapi sepanjang PdPR tidak akan mematahkan semangat mereka khususnya guru-guru untuk melaksanakan tugasan untuk murid.


“Memang diakui PdPR ini mempunyai banyak kekangan dimana ada murid yang tidak mempunyai kemudahan internet selain peranti yang kurang dan terpaksa berkongsi dengan yang lain.


“Untuk tahun ini saya dan rakan lain lebih bersedia berbanding sebelum ini kerana telah mendapat gambarann dan pengalaman dari PdPR yang lalu, penambahbaikan dari segi persediaan bahan pembelajaran juga kini lebih sistematik,”katanya.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page