PDRM Papar tahan ejen loteri awam tanpa lesen di Century Plaza
- nabalunews
- 2 days ago
- 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns
2 April 2026
PAPAR: Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Papar memberkas seorang individu tempatan yang disyaki menjadi ejen loteri awam tanpa lesen dalam serbuan di Papar Century Plaza, baru-baru ini.
Penahanan tersebut dibuat hasil maklumat yang diterusi menerusi saluran QR Code Aduan Masyarakat, sekaligus membuktikan keberkesanan kerjasama antara pihak polis dan orang awam dalam usaha membendung kegiatan perjudian haram.
Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas beberapa peralatan elektronik yang digunakan untuk urus niaga pertaruhan serta wang tunai yang dipercayai hasil daripada kegiatan terbabit.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 bagi setiap pertuduhan, serta hukuman penjara tidak melebihi lima tahun, jika sabit kesalahan.
Ketua Polis Daerah Papar menegaskan komitmen Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus membanteras sebarang bentuk perjudian haram tanpa mengira lokasi dan kaedah operasi.
Masyarakat juga dipuji kerana terus menyalurkan maklumat secara bertanggungjawab dan diminta tidak teragak-agak untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan melalui saluran rasmi yang disediakan.















Comments