PDRM Sahkan Insiden Semasa Latihan Operasi Di Perairan Pulau Mataking
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

22 Januari 2026
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang pegawai Unit VAT 69 Komando maut semasa menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Mataking, Semporna, hari ini.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang dikenali sebagai Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pegawai berkenaan telah diberikan bantuan kecemasan dan rawatan awal di lokasi.
Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan perubatan di Hospital Semporna.
“PDRM akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian termasuk pernilaian terhadap prosedur latihan dan penggunaan peralatan.
“Siasatan turut merangkumi faktor kesihatan dan keselamatan selaras dengan peraturan dan tatacara operasi standard yang ditetapkan,” katanya.
Sehubungan itu, Mohd Khalid mewakili seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa.
“Semoga keluarga Allahyarham diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini,”’katanya.


















Comments