top of page

PDRM Serbu Loteri Awam Tanpa Lesen di Keningau, Seorang Ejen Ditahan

  • nabalunews
  • 6 days ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


13 April 2026


KENINGAU: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki bertindak sebagai ejen loteri awam tanpa lesen dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Keningau di Tan Yau Loong Complex, Keningau.


Dalam operasi yang dijalankan berdasarkan maklumat melalui Kod Tindak Balas Pantas atau QR Code Aduan Masyarakat itu, pihak polis turut merampas beberapa peralatan elektronik yang digunakan untuk urus niaga pertaruhan serta wang tunai yang dipercayai hasil kegiatan haram tersebut.


Kes kini disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) , pihaknya menegaskan komitmen untuk terus membanteras sebarang bentuk kegiatan perjudian haram. Masyarakat juga digesa agar tidak teragak-agak menyalurkan maklumat melalui saluran rasmi yang disediakan.


"Kerjasama orang ramai amat penting dalam memastikan keselamatan dan keharmonian setempat sentiasa terpelihara. Imbas & Lapor – PDRM Bersama Anda!" demikian antara mesej yang disampaikan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page