top of page

PDRM tunggu maklumat lanjut kedutaan Rusia berhubung dakwaan rakyat Malaysia sebagai askar upahan

  • nabalunews
  • Nov 1, 2024
  • 1 min read

1 November 2024


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklumat lanjut daripada Kedutaan Rusia berkaitan dakwaan penglibatan seorang rakyat Malaysia sebagai askar upahan dalam konflik antara Rusia dan Ukraine.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan bahawa Cawangan Khas Bukit Aman telah berhubung dengan kedutaan berkenaan untuk mendapatkan pengesahan lanjut.


“Pihak polis masih menunggu maklumat berkenaan pengesahan termasuk status warga tempatan yang dikaitkan dengan kejadian tersebut,” jelas Razarudin.


Menurut beliau, PDRM juga telah menghubungi keluarga individu tersebut dan berdasarkan maklumat awal, individu berkenaan hanya berada di luar negara untuk tujuan pembelajaran.


Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta mengelakkan diri daripada terlibat dengan ‘pejuang asing’ atau konflik melibatkan negara lain.


Sebelum ini, tular gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu milik seorang rakyat Malaysia dari Perlis ditemukan di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.


Laporan mendakwa dokumen tersebut dijumpai selepas tentera Rusia menawan kubu di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page