top of page

Pecah masuk pejabat Felda: 3 ditahan termasuk remaja perempuan, 15

  • nabalunews
  • Jun 13
  • 1 min read

Remaja perempuan antara suspek kes pecah masuk  pejabat Felda Umas 1 berjaya ditangkap polis, semalam.
Remaja perempuan antara suspek kes pecah masuk pejabat Felda Umas 1 berjaya ditangkap polis, semalam.

13 June 2025


TAWAU: Polis berjaya memberkas tiga suspek, termasuk seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang disyaki terlibat kes pecah masuk pejabat Felda Umas 1, awal pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, remaja itu berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri dari lokasi kejadian, manakala, dua lagi ditangkap di lokasi berasingan.


Katanya, suspek pertama ditangkap hasil maklumat dan tindakan pantas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau dengan kerjasama penduduk dan pekerja Felda.


“Manakala, suspek kedua berusia 28 tahun ditangkap jam 5.10 petang di sebuah rumah di Blok 5, Felda Umas dan suspek ketiga, 26, pula ditahan di sebuah pasaraya di Jalan Utara.


"Ketiga-tiga suspek ditangkap berikutan laporan polis dibuat pengurus ladang di Balai Polis Kalabakan sekitar jam 9.09 pagi selepas kejadian pecah masuk itu disedari oleh salah seorang pekerja ladang,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Jasmin berkata, siasatan awal polis mendapati pagar pejabat rosak dan terbuka, manakala, beberapa barangan seperti sebuah komputer riba, satu pembesar suara, satu telefon pintar dan token perbankan dilaporkan hilang.


Bagaimanapun, katanya, anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.


Menurutnya, siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah.


"Polis juga masih meneruskan siasatan lanjut, termasuk kemungkinan terdapat suspek lain yang turut terlibat,"katanya yang menambah, ketiga-tiga suspek berkenaan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page