top of page

Pegawai Pejabat Adun Kadamaian adakan kunjungan hormat di AIM Kota Belud

Wartawan Nabalu News

8 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Kota Belud menerima kunjungan hormat daripada pegawai Pusat Khidmat Adun Kadamaian, di Pejabat AIM Kota Belud, baru-baru ini.


Kunjungan itu bertujuan bersuai kenal dan membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan usahawan dan peniaga-peniaga kecil khususnya di kawasan Kadamaian.


Pegawai Khas Menteri Arron A.Guramon berkata, antara program yang boleh dilaksanakan dengan kerjasama AIM Kota Belud dan Pejabat Adun Kadamaian ialah program latihan keusahawanan asas untuk Sahabat AIM kawasan Kadamaian.

“Kebanyakan Sahabat AIM di Kadamaian adalah ibu-ibu dan suri rumah yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan perlukan latihan keusahawanan.


“Setakat ini lebih 1,000 Sahabat AIM di Kadamaian kebanyakannya berniaga secara kecil-kecilan,” katanya.


Turut hadir dalam kunjungan itu Ketua Perhubungan Pejabat Adun Kadamaian Carlye Lajimin, Penolong Pengurus Cawangan AIM Derawati Misur dsn Adlan Manan, Pegawai Eksekutif Wilayah Rosli Arif, UPPM Kadamaian Saikom Watis, pegawai-pegawai Pejabat Adun Kadamaian dan AIM Cawangan Kota Belud.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page